Search This Blog

Sunday, January 16, 2011

Sejarah Ringkas SIB PEKAN RANAU

Sejarah awal Gereja SIB Pekan Ranau adalah Sejarah SIB Sabah. Ini adalah berdasarkan hakikat bahawa permulaan gereja SIB di Sabah bermula di Ranau. Gereja-gereja SIB di Daerah Ranau lahir dari pelayanan BEM/SIB yang berpusat di Ranau. Oleh itu sejarah BEM dan sejarah SIB di Ranau juga merupakan Sejarah Awal SIB Pekan Ranau sekarang ini. Gereja SIB Pekan Ranau yang didirikan seawal tahun 1947 merupakan gereja BEM/SIB yang terawal di Sabah. Gereja BEM di Takurik telah menjadi pusat nadi nerve centre kepada perkembangan dan pertumbuhan gereja di seluruh daerah Ranau malahan seluruh Sabah selepas itu.

Perintisan awal untuk memberitakan Injil di Sabah oleh Borneo Evangelical Mission (BEM) yang sudah bertapak di bumi Sarawak sejak 1928 lagi, bermula dengan lawatan tinjauan oleh Stafford Young yang lebih dikenali sebagai Tuan Young dan Hudson Southwell yang di kenali oleh orang Dusun selepas itu sebagai Tuan Sapu pada 1937. lawatan ini yang turut melalui Tenom, Keningau, Tambunan, Ranau, Kota Belud dan Tuaran telah memberi laporan kepada BEM di Sarawak bahawa masyarakat Dusun di Sabah merupakan satu ladang pelayanan yang boleh dimulakan. Ranau telah dipilih untuk memulakan pelayanan tersebut.

BEM secara rasmi memulakan pelayanan di Ranau pada tahun 1939 dengan penubuhan pusat BEM di Ranau. Di awal pelayanan Trevor White Misionari Inggeris yang bergabung dalam BEM dan Alan Belcher mereka sering diiringi oleh Rentian di Tengilan yang menjadi penterjamah. Sehingga 1942 belum ramai yang menerima Injil tetapi para Misionari BEM telah mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat Dusun di Ranau.

Pada mulanya, BEM membina rumah operasi di Puru-Puru berhambiran dengan Hospital Ranau sekarang ini tetapi telah rosak semasa penduduk tentera Jepun 1942-1945. Setelah Pendeta Asang kembali ke Ranau pada Julai, 1946 pusat operasi BEM dipindahkan ke Takurik iaitu tempat Gereja SIB Pekan Ranau sekarang ini. Pada peringkat awal aktiviti kebaktian dan pendidikan seperti Kebaktian Mingguan, Kebaktian Krismas, Paskah atau lebih dikenali sebagai ‘Erau’ pada masa itu hanya diadakan di ‘Mision’. Pusat Mision di Takurik / Rapak ini menjari Ibu Pejabat BEM di Sabah. Ini memudahkan urusan penginjilan di beberapa kampung terdekat khususnya Nampasan Lama, Gana-Gana, Giring-Giring, Suminimpod, Kepangian, Kinirasan, Poropot, Waang, Tudangan dan lain-lain.

Sebuah rumah dibina sedemikian rupa berhampiran dengan Tugu Peringatan sekarang ini agar dapat memenuhi keperluan sebagai tempat tinggal para misionari, tempat persekutuan dan rumah tumpangan jemaat dari pelbagai tempat yang datang ke Ranau. Memandangkan Pekan Ranau merupakan Daerah Pentadbiran Kerajaan British dan juga pusat mendapatkan barangan keperluan serta beli ketika itu. BEM menyedari akan keperluan tempat tinggal, lalu membina rumah tumpangan untuk para pengunjung. Jemaat awal di Ranau telah bersama-sama untuk membina rumah tersebut melalui pembahagian kerja. Bahan binaan seperti bamboo, kayu bulat, rumbia dan rotan mudah diperolehi di sekitar perkambungan penduduk. Selepas beberapa tahun, atap bangunan gereja ini digantikan denga zink. Dinding gereja itu boleh ditanggalkan untuk memudahkan penambahan ruang jika jemaat lebih ramai dari muatan sebenar. Perkara ini terjadi semasa Hari Krismas dan Erau. Perayaan Erau iaitu Paskah diadakan sekitar bulan April setiap tahun manakala Krismas pada bulan Disember.

Banggunan gereja SIB Pekan Ranau sekarang mula dibina pada tahun 1983 melalui sumbangan jemaat dan orang awam. Gereja berukuran 110` X 55` ini siap sepenuhnya pada tahun 1995. Penatua Malakim Gapang, Mendiang Pelayan Buik Mathew, Pelayan Selimun Tai adalah di antara yang telah berusaha keras mencari dana untuk pembinaan gereja tersebut. Pembinaannya juga banyak dilakukan oleh jemaat yang mempunyai kemahiran bertukang seperti Kumpit Salleh, Masugal Kimburu, Keradi Kemuran, Selimun Tai, Ukon Edong dan lain-lain.

Perkembangan SIB Pekan Ranau pada tahun-tahun 1980an hingga kini lebih bersifat penambahabaikkan kepada apa yang sudah ada sebelumnya. Bangunan-bangunan dan kemudahan lain ditambah dan di perbaiki, khususnya ruang mimber gereja, dapur. asrama, kelas-kelas sekolah minggu dan kemudahan sokongan yang lain. Tahun 1990an dan 2000 juga memperlihatkan SIB Pekan Ranau melahirkan tiga gereja lokal yang baru iaitu SIB Kilimu pada 1995, SIB Matan tahun 2000 dan SIB Muhibbah tahun 2007. sebagai Sidang yang terawal dalam sejarah SIB, Gereja SIB Pekan Ranau telah melakar satu sejarah penting dalam perkembangan SIB bukan sahaja di daerah Ranau tetapi di seluruh Sabah secara umum.

Berikut adalah senarai Gembala atau Pastor yang pernah melayani sebagai gembala di sidang ini di peringkat awal setelah di tubuhkan oleh BEM pada tahun 1946.






Senarai Ketua Daerah dan Gembala SIB Pekan Ranau

1. Gembala Udan Rangat - 1950 (Lundayeh)
2. Gembala Poor Sia - 1952 (Lundayeh)
3. Gembala Bagul Lupung - 1954 (Lundayeh)
4. Gembala Kerangkas Bokiron - 1956 (Dusun)
5. Gembala Belusin Mensiang - 1959 (Dusun)
6. Gembala Limun Ranting - 1968 (Dusun)
7. Gembala Muyon Lumboting - 1969 (Dusun)
8. Gembala Ebin Gilingan - 1972 (Dusun)
9. Gembala Balang Selutan - 1974 (Dusun)
10. Gembala Saban Basinau - 1975 (Dusun)
11. Gembala Kerangkas Bokiron - 1977 (Dusun)
12. Gembala Yanga Ransigi - 1978 (Dusun)
13. Pastor Leduning Lengik - 1987 (Dusun)
14. Pastor Justin Loudin - 1992 (Kadazan)
15. Pastor Losius Tanggunan - 1997 (Dusun)
16. Pastor Kawat Gindol - 1998 (Dusun)
17. Pastor Markus Barokh - 2004 (Lundayeh)
18. Pastor Jacket Kaatin - 2007 (Dusun)


Senarai Pemimpin / Pelayan SIB Ranau pada 1955

1. Kunal ( Kg, Lampaki )
2. Gundolong ( Kg, Lampaki / Marak-Parak)
3. Kumbur Udok ( Kg, Takurik / Kinirasan )
4. Gomboting ( Kg, Marakau )
5. Gubilil ( Kg, Marakau )
6. Gumindol ( Kg. Gana-Gana )
7. Gumbok ( Kg, Marakau )
8. Yanggau ( Kg, Marakau )
9. Butit ( Kg, Matan )
10. Keradi ( Kg, Matan )
11. Situn ( Kg, Takurik )
12. Bondilou ( Kg, Rapak )
13. Langan Dan Yumbiok ( Kg, Kilimu / Kg, Lasing )
14. Merabung

bersambung...

3 comments:

  1. sangat memberkati bagi orang kristen yang lain..semoga terus menulis tentang sejarah kita.Tuhan memberkati.

    ReplyDelete
  2. data yg sngt bagus..tpi sebaiknya ada footnote source data yg di ambil. sebab isi dn kronologi data sejarah penulisannya ada dlm data buku lain..
    ini hanya cadangan.. teruskan..GBU
    http://nipuhawang-awis.blogspot.com/
    http://www.youtube.com/awis72

    ReplyDelete
  3. nice blog pirid...teruskan

    ReplyDelete