Search This Blog

Tuesday, January 11, 2011

Kembalikan Kristus kepada Krismas


Sebenarnya ada dua perayaan Krismas yang berlangsung serentak setiap kali bulan Disember menjelang. Krismas yang pertama ialah perayaan yang diraikan dengan penuh kegembiraan oleh mereka khususnya di negara-negara Barat dan oleh mereka yang terpengaruh dengan budaya dan amalan mereka.Perayaan ini memberi perhatian kepada keadaan salji dan pelbagai aktiviti berkaitan dengannya, kepentingan pulang kampung dan bersama dengan keluarga, makanan yang enak dan pelbagai, serta pembelian pelbagai perhiasan dan hadiah. Peribadi utama dalam perayaan Krismas ini ialah Santa Claus, orang gemuk tua berbaju merah yang sentiasa ceria (Ho, ho, ho!). Perayaan ini diraikan oleh ramai orang bukan-Kristian dan tidak ada kaitan terus dengan sebab sebenar Krismas di raikan - Kristus.Krismas ini saya panggil Krismas tanpa Kristus atau lebih bagus dipanggil Xmas atau Clausmas.
Perayaan Krismas yang kedua, yang diraikan secara kecil-kecilan diseluruh dunia oleh pelbagai bangsa, memberi keutamaan kepada peribadi utama Krismas - Yesus Kristus.Mereka yang meraikannya semua orang Kristian yang gembira Tuhan Yesus Kristus telah datang ke dunia. Inkarnasi Tuhan dan sebab Dia datang (untuk mati di kayu salib) dinyanyikan dan diisytiharkan oleh mereka. Semua amalan dan aktiviti ketika perayaan ini dilangsungkan untuk menyampaikan mesej Allah telah datang dalam bentuk manusia - lagu-lagu Krismas dan 'carolling', pokok Krismas yang terang dan bintang besar di atasnya,  dan perhiasan-perhiasan rumah yang menggambarkan Maria dan Yusuf bersama anak mereka yang baru lahir beserta gembala-gembala kambing yang datang melawat.
Krismas yang mana satu anda raikan? Marilah kita berusaha mengembalikan dan mengutamakan Kristus dan Injil dalam perayaan Krismas (Christ + Mass) tahun ini.

No comments:

Post a Comment