Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Tajuk ceramah: WORSHIP





Pendahuluan

Pertanyaan : Apakah pujian penyembahan kepada anda? What is praise and worship to you?
Sydney meminta respon daripada peserta-peserta konferensi:

Ada yang menjawab...
  • It is a lifestyle (ianya satu gaya hidup).
  • It is a way of expressing our love to God.
  • Connection to God.
  • Menaikkan nama Tuhan.
  • [Secara dengan diam-diam dalam hati saya menjawab dengan berkata “Worship is acknowldedging Him for who He really is in my life, and worship is a response to God’s revelation to the core of our being – ]

Semua di atas tidak salah.

Sydney  memberitahu dia telah memimpin pujian penyembahan selama 20 tahun. Dia telah mula memimpin pujian sejak berumur 15 tahun. Sydney dapati walaupun kita mempunyai definisi-defisini tepat dan bagus tentang pujian penyembahan sepert di atas, kita perlu akui bahawa apa yang terlintas dalam kepala kita sewaktu menyebut tentang pujian penyembahan maka yang ada adalah lagu cepat dan lagu perlahan. Betul?

Dalam kepala kita bila bercakap tentang pujian penyembahan itu semuanya tentang muzik dan lagu. Tetapi sebenarnya.... pujian  penyembahan tidak semestinya tentang muzik dan lagu.

Pertanyaan

Dapatkah kita memuji tanpa bernyanyi?

Worship (definisi English) – to attribute worth to someone or something that we worship.

Penyembahan – meletakkan nilai kepada seseorang atau sesuatu yang kita sembah.

Kita tidak ke gereja bukan sekadar keroke rohani tetapi tidak meyembah Tuhan. Ya kan? Sekarang kita ke gereja seperti pergi keroke sebab senikata semua tersedia dipancarkan...?

Kita harus tahu bahawa muzik dan pelayanan pentas adalah sebahagian yang tersangat kecil daripada kehidupan saya (Sydney) sebagai seorang penyembah... Worship itu jauh lebih besar dan bukan setakat mengikut/meniru gaya...

Dalam Perjanjian Lama, semua penyembahan Pasti disertai dengan pengorbanan. Apabila kita bercakap tentang pengorbanan, kita tahu  bahawa  pengorbanan itu bukan enak.

Kita perlu tahu bahawa masa menyembah seorang diri di rumah, kita lebih dapat memberikan yang terbaik bagi Tuhan.  Kita mahu menyembah DIA sampai semua yang ada termasuk benda-benda paling berharga tidak dapat menggantikan tempat TUHAN dalam segala kemuliaan dan keindahan-Nya.

Ingat lagu “Sampai” semalam itu?

Tetapi mengapa bila kita masuk ke gereja kita seakan-akan tidak berharga untuk kita, sehingga orang belum percaya yang datang ke gereja akan berkata dalam hati mereka “Tuhan mereka itu sebenarnya tidak penting penting,  buat apa saya menjadi seorang Kristian?”

Sydney (macam semua orang) suka lihat muka sendiri bila difoto. Dia dapati masa membuat persembahan, gambar-gambar peribadinya kurang baik penampilan tetapi Sydney tidak peduli semua itu sebab dia hanya rindu untuk menyembah dan meninggikan nama Yesus. Bagaimana dengan anda?

Kenapa dan bagaimana saya dapat lakukan semua ini? Saya dapat sebab saya ada, the power of understanding.

THE POWER OF UNDERSTANDING

Apakah yang kita maksudkan dengan ‘the power of understanding (Kuasa pengertian)’?

Saudara-saudara,
Sesuatu kebenaran itu tetap kebenaran. Kebenaran tidak berubah. Dalam bahasa Inggerisnya,
The truth will always be the truth regardless of lack of understanding, disbelief or ignorance.
Kebenaran tetap kebenaran walaupun kurang difahami,tidak dipercayai atau tidak diketahui. Contoh yang terbaik adalah kebenaran tentang tarikan graviti. Semua orang, walaupun tidak memahami tentang graviti dan jika tidak tahu tentang graviti (seorang anak kecil yang mau lompat  dari kerusi) akan jatuh ke bawah.

Satu kebenaran yang terdapat dalam Firman Tuhan adalah Yohanes 4: 23

Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.
Kebenaran akan sentiasa menjadi kebenaran.

Dalam penyembahan kita perlu sentiasa mempunyai kuasa pengertian ini.

Kita mengambil contoh seorang anak kecil yang suka bermain api. Anak kecil degil tidak mendengar larangan ibubapa agar jangan bermain dengan api. Sebelum anak itu terkena api, anak kecil tidak mempunyai ‘kuasa pengertian’. Tetapi apabila anak kecil terkena api, larangan “jangan bermain api” yang dipesan ibubapanya sekarang mempunyai ‘kuasa’. Itu adalah ‘kuasa pengertian’.

Dua puluh tahun yang lalu, Sydney masih remaja  remaja dan suka sangat dengan lagu ‘One Last Cry’, lagu putus cinta. Dia suka lagu itu sebab muzik dan suaranya sangat bagus. Sydney secara suka-suka selalu menyanyikan lagu itu sebagai hiburan tanpa memperdulikan sangat makna liriknya. Tetapi apabila diputus hubungan oleh girlfriend, lagu ‘One Last Cry’ mempunyai kuasa pengertian terhadap Sydney.

Tadi kita menyembah “How Great Is Our God” kuasa pengertian lagu ini adalah kita melayani Tuhan yang sangat besar dan dasyat.

Kata “great” itu digunakan dalam pelbagai konteks. That was a ‘great’ movie. My day had been ‘great’. The food was really ‘great’. You look great, man! That is a ‘great’ gear! Itu movie yang ‘hebat’. Hari ini sangat hebat. Anda kelihatan hebat. Itu pakaian yang hebat!

Tapi bila kata ‘great’ kita gunakan dalam penyembahan ‘How Great Is Our God’, ianya jauh melebihi definisi ‘great’ dalam ayat-ayat tadi. ‘Great’ untuk Tuhan sebab Dia Pencipta langit dan bumi, Dia kekasih kita, Dia telah mati dikuburkan dan bangkit dari kematian dan akan kembali lagi sebagai ‘Tuan di atas segala tuan dan raja di atas segala raja’. Kuasa pengertian ini harus menggarami pujian dan penyembahan kita. Bila ini berlaku, pujian penyembahan kita tidak akan sama lagi.

Lagu Kak Sari “ Bagi Bangsa Ini (indonesia) Kami Berdiri” dinyanyikan dengan kuasa pengertian untuk mengangkat Indonesia ke hadirat Tuhan.

We are serving a great God!


Renungan peribadi/personal refelection

  1. Ini adalah hati atau inti kepada pujian dan penyembahan. Pujian penyembahan adalah pengalaman peribadi sebelum menjadi penyataan ke luar.
  2. Penekanan ‘pujian penyembahan’ bukan meniru gaya penampilan. Ini pengajaran baik kepada kita yang suka bernyanyi dan terlibat dalam pujian dan penyembahan (saya pun sangat suka, tapi buta tempoh bogia saya ni...)
  3. Harus memiliki ‘kuasa pengertian’ tentang worship dengan lebih mendalam. Ini dapat dilakukan dengan terus mengadakan pujian penyembahan peribadi dengan cara mengasingkan waktu (masa terbaik di awal pagi yang masih sunyi---Markus 1: 35) untuk bersaat teduh dalam hadirat Tuhan.
  4. Saya boleh memuji dan menyembah. Kekurangan dalam muzik, suara dan tempo bukan halangan sebab pujian penyembahan bukan hanya soal muzik dan lagu.

No comments:

Post a Comment