Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Khutbah Malam Penutup Konf - "Sold Out and Radical For Jesus"


by Jubilie Apin on Tuesday, November 30, 2010 at 8:59am
(Perkongsian Firman Malam Penutup Konferensi PMMSIB Sabah ke-31)
25 November 2010
Saudara-saudari,

Kita mahu satu generasi yang kudus dan yang mengenal Tuhan. Sejak berumur 13 tahun saya sudah terlibat dalam pelayanan.  Sejak saya melayani Tuhan saya tidak pernah menyesal dengan panggilan ini.

Mari baca Roma 8:1

Selepas semua itu Pdt Abraham memberikan akronim iman.

Apakah itu IMAN?
I – Ingin intim terus sama Yesus.

Selepas itu Pak Pendeta mula bernyanyi dalam beberapa lagu….. (Siapa dapat ingat berapa banyak lagu yang telah dinyanyikan Abraham pada malam itu?)

(Saya kagum dengan dia ni dan muzik team, macam sudah kena atur sedia… Masa dia mula menyanyi saya berkata dalam hati “Bah, ini bukan kebaktian tapi konsert la” sebab kalau saya tak kasi ubah fikiran saya nanti saya mulalah mengritik, so enjoy the ride kata orang. Naaaaaanti bila semua reda baru saya akan renung dan imbas kembali)

So siapa yang ingat berapa lagu si Abraham?

Berikut adalah lagu-lagu yang dia telah nyanyikan (saya sangat-sangat terhibur)
  1. Lagu “Tinggikan diriMu mengatasi langit…”
  2. Lagu “Dari Pulau dan benua” (saya rasa suasana Carolling…) --- di sini Abraha bawa satu KDCA buat RAP
  3. Lagu “We are the Reason”
  4. Lagu “We are the Reason” (versi bahasa )
  5. Lagu “Lebih dari segalanya”
  6. Lagu cinta (Dia panggil adik Bios)
  7. Lagu zaman tunang (lagu rohani diterapkan ke tunang)
  8. Lagu bila sudah kahwin (Lagu MORE MORE MORE I WANT MORE MORE) --- Hahahahaha sakit perut ketawa ni… (Jangan lupa utk pesan video klip ni, memang best!)
  9. Lagu “Allah Peduli” setelah beberapa tahun kahwin, selisih keluarga… Allah peduli dan Allah mengerti
  10. Lagu “Dia buka jalan/He will make a way” – hahaha … lagu masa menghadapi kebuntuan rumahtangga…
  11. Lagu “Tak sanggup sudah….” Hahahaha (putus asa dalam pernikahan setelah beberapa lama bernikah)
Kemudian Abraham berkata, “tetapi mestilah hidup bernikah begitu?” Pernikahan orang percaya bukan begitu… Lalu dia membuat satu contoh yang lebih positif.

Kalau orang percaya, selepas bernikah tiga tahun lagunya harus “Ku mau slalu bersyukur sbab cintamu padaku, takkan pernah berubah, hatiku percaya” begitu juga lagu setelah 10 tahun dan seterusnya dan seterusnya! (Saya sangat suka contoh ini)

Kemudian dipanggilnya beberapa pasangan suami isteri naik ke pentas untuk menggayakan lagu ini. Penonton jadi pengadil. Fauzi sama Grace jugalah yang hebat. Tapi kalau saya bawa isteri tu malam, ada saingan juga tu… (tidak mau kalah ni!)

(Saya hamper lupa pasal akronim tu sebab terlalu banyak ketawa…saya hamper tenggelam oleh lawak jenaka beliau)
Kemudian dia sambung,

Iman, IMAN..

M – Menyangkal diri dan memikul salib setia hari
A -  Akui Tuhan dan andalkan Dia sentiasa
N – Nanti-nantikan waktu Tuhan

Di dalam bahagian ‘Nanti-nantikan Tuhan’.. Pdt Abraham menegaskan no seks sebelum bernikah. Tapi macam dia tiada pula cakap dan tegaskan ‘pertaubatan’ kepada orang-orang yang ‘sudah pernah buat’. PMM yang masih muda dan belum sedia untuk pacaran, diminta untuk putuskan hubungan bf/gf supaya dapat memulakan hidup baru dengan Tuhan. Satu penegasan yang baik.

Banyak lagi yang dia cakap, tapi saya tidak sempat mengambil nota sebab tersangat enjoy tengok gelagat Pdt Abraham di atas pentas. Saya harap nota ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Renungan Peribadi/Personal reflection
  1. Pendita ini sangat ketara lebih seorang motivator tapi bukan seorang preacher of the Word of God.
  2. Pemuda-pemudi yang datang pada malam itu pulang membawa apa? Apa Firman yang akan mereka bawa? Apakah yang sudah tertanam dalam hati mereka?
  3.  Saya dapat satu lagi akronim untuk IMAN. Kalau FAITH akronimnya“Forsaking All I Take Him”.
  4.  Pendita tegaskan “seks sebelum nikah” tapi kurang penegasan bertaubat kepada yang telah melanggar kekudusan Tuhan. Atau saya terlepas dengar? 
  5.  Radikal secara peribadi melawan dosa, ya. Tapi saya perlu berlembut, bersabar dan betolak ansur dengan orang lain. Sebab ada tertulis “Buluh yang terkulai tak akan dipatahkan”…Kalau saya radikal dalam tuntutan kepada orang lain, silap-silap saya jadi pengasas Taliban di Sabah la pula.. (Hehehe) 
  6. Adakah konferensi PMM semata-mata muzik, lagu baru dan lawak jenaka?
  7. Bagaimana supaya konferensi PMM dapat sungguh-sungguh kembali menegaskan kepentingan penyelasaran hidup kepada salib, pertaubatan, hidup baru dalam kasih dan Firman Tuhan ?
  8. Pemberitaan Firman yang tidak menegaskan salib dan karya Kristus, pertaubatan dan kepentingan Firman dan hidup persekutuan peribadi dengan Tuhan, dapatkah itu disebut sebagai Injil yang sejati?

Doa
Tuhan, terima kasih untuk apa yang telah sedang dan akan Engkau mahu terus lakukan dalam negeri dan Negara kami. Terima kasih sebab jelas Engkau sedang bekerja dalam kehidupan remaja, belia dan pemuda-pemudi di Sabah. Terima kasih untuk konferensi PMM SIB Sabah yang diadakan setiap tahun sehingga sudah diadakan kali ke-31. Berkati kepimpinan Pusat SIB Sabah dan kepimpinan PMM SIB Sabah di bawah pimpinan sahabat dan saudara seiman saya Pst Jastin Balinu dan teamnya. Biarlah kasih anugerah dan bekat Tuhan menjadi perisai dan pagar tembok dalam keluar mask mereka. Berikan kekuatan dan kebesaran hati serta kerendahan hati agar apa juga saran dan kritkan membangun yang kami sampaikan seperti ini dapat diterima dalam roh dan semangat setia kawan. Ampuni saya juga Bapa kalau saya tidak memainkan lebih banyak peranan dalam memberi bimbingan bila diperlukan. Berkatilah PMM di seluruh Sabah pada hari ini seterusnya dengan pengenalan peribadi akan Engkau dan mereka akan mula bergerak dari titik itu untuk menggarami dan menerangi Sabah, Malaysia dan dunia ini. Demi kemuliaan Bapa, dalam nama Tuhan Yesus Kristus.
Semua orang yang percaya berkata……. “Amin”.


No comments:

Post a Comment